Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: ANGGOTA BP BUKIT JALIL SENTIASA BERSAMA MASYARAKAT

Mengulas keprihatinan empat anggota peronda cegah jenayah dari Balai Polis Bukit Jalil iaitu Koperal Azrizal Salim, Koperal Abdul Kadir Sanusi, Koperal Mohd Ellias Zaidi Hamzah dan Koperal Ahmad Zul Ikhwan Abu Hassan yang gigih membantu seorang pemilik kenderaan mengalami kerosakan tayar, siang tadi jelas membuktikan, warga Pasukan sememangnya dekat di hati orang awam.

Bantuan dihulurkan serta merta kepada yang memerlukan tanpa mengira masa dan ketika, walaupun hakikatnya ia bukanlah tugas hakiki warga Sang Saka Biru.

Setinggi-tinggi penghargaan atas sifat ihsan buat kesemua anggota polis tersebut yang telah membantu mempermudahkan urusan seharian orang awam. Percayalah, kita tidak hidup untuk dipuji apatah lagi mengharapkan sekalung penghormatan. Semua yang dilakukan adalah ikhlas, demi mencari redha Allah SWT, sebagai bekalan di akhirat sana.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#11102022

May be an image of 5 people, people standing, car and road

May be an image of 2 people, people standing, car and outdoors

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 2 people, people standing, car and road
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS