Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

‘Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga’. Itulah perumpamaan yang dapat diungkapkan pada mereka yang suka melakukan kebaikan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada dua anggota trafik dari Unit Rondaan Bermotosikal, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras iaitu Koperal Mohamed Nazri Md Zali dan Lans Koperal Che Asmadi Che Omar yang membantu seorang warga emas kerana kenderaan yang dipandunya mengalami kerosakan sewaktu melalui Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, semalam selain memastikan warga emas tersebut berada dalam keadaan yang selamat.

Semoga kalian menjadi contoh kepada warga Pasukan untuk terus melakukan kebaikan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS