Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: ANGGOTA JSPT MELAKA BANTU MANGSA KEMALANGAN KERETA

Tiga anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka iaitu Koperal Mohd Shukri Ishak, Lans Koperal Mohd Noor Hafiz Mohd Sudin dan Lans Koperal Muhd Aris Syazreen Ahmad Rosni memberi bantuan awal kepada seorang pemandu kereta selepas terlibat dalam kemalangan di kawasan berhampiran Taman Botanikal menghala Plaza Tol Ayer Keroh, semalam ketika penugasan Op Lancar Ambang Tahun Baharu.

Kawalan lalu lintas turut dilakukan oleh mereka bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin manakala mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dibawa ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Polis Melaka

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS