Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: ANGGOTA POLIS TERJUN PARIT SELAMATKAN ANAK KUCING

Seorang anggota polis yang sedang melakukan rondaan di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Serdang Arah Utara, Selangor, kira-kira jam 9 malam tadi sanggup terjun ke sebuah parit selepas mengetahui seekor anak kucing terjatuh ke dalamnya.

Koperal Azinorzilan Ab. Hamid dari Unit Kereta Peronda, Polis IPD Sepang bergegas membuka kasut dan melompat ke dalam parit tersebut bagi menyelamatkan haiwan comel itu.

Misi menyelamat tersebut berjaya dan anak kucing berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

No photo description available.

May be an image of 1 person

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS