Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: JSPT JOHOR DAN PLUS BERI BANTUAN AWAL KEPADA MANGSA KEMALANGAN

Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor bersama petugas PLUS Malaysia (PLUS) bergegas ke lokasi kemalangan bagi memberi bantuan awal kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan serta kawalan lalu lintas di Kilometer 34.6 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Sebelah Kulai.

Kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan itu turut menyebabkan kebakaran namun berjaya dikawal dan dipadamkan oleh anggota Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia). Kesemua pemandu dan penumpang berada dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber: JSPT JOHOR

May be an image of 9 people and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, tree, grass and road

May be an image of 5 people, people standing, road and text that says 'HENTIAN SEBELAH KULAI 4 1 km'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS