Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: SEBUAH PENGORBANAN

Demi melaksanakan tanggungjawab kepada negara, berjauhan dengan keluarga adalah satu perkara yang perlu dihadapi oleh warga Sang Saka Biru. Begitu juga dengan Koperal Mohd Zunaidi Ramlan dari Batalion 5, Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam, Johor yang sempat bersalaman dengan anaknya ketika Send Off tukar ganti penugasan Op Nyah 1 bertempat di Batalion 5, Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam pada 1 Februari yang lalu.

Beliau antara yang ditugaskan untuk mengawasi jajaran Pantai Barat Johor bagi membendung jenayah rentas sempadan, penyeludupan kontraban dan menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui jalan yang tidak diwartakan.
Semoga pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia akan sentiasa dirahmati oleh Yang Maha Esa.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS