Pic Of The Day

[PIC OF THE DAY] HARI POLIS KE-216: KALIANLAH PENYAMBUNG WARISAN WIRA SANG SAKA BIRU

Suasana sedih menyelubungi Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur apabila persembahan pantomim khas insiden berdarah pencerobohan Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah dipersembahkan kepada para tetamu sempena Istiadat Perbarisan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023, pagi tadi.

Turut kelihatan, anakanda kepada Allahyarham ASP Zulkifli Mamat iaitu Mohd Norakmar Amiruddin Zulkifli, Noor Muhammad Aqil Zulkifli dan Noor Aqib Syahid Zulkifli menahan sebak semasa persembahan pantomim dimulakan pagi tadi.
Buat waris Wira-wira Sang Saka Biru, semoga kalian tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya kami sebagai sahabat perjuangan akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka di dunia dan akhirat.

Buat anakanda Wira-wira Sang Saka Biru, kesatlah air matamu dan berceritalah dengan penuh kebanggaan kepada semua betapa mulianya pengorbanan ayahanda kalian. Ketahuilah, tidak semua orang mampu menjadi Wira sepertimana mereka.

Kami doakan adik-adik menjadi anak yang soleh dan solehah, mentaati ibu serta berjaya dalam segala bidang di lapangan. Insya-Allah.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS