Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: POLIS SERI ALAM PRIHATIN WARGA EMAS KEHABISAN MINYAK MOTOSIKAL

Syabas buat dua anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam iaitu Lans Koperal Mohd Nasrull Muridin dan Lans Koperal Lee Ah Sui yang prihatin dengan nasib menimpa seorang warga emas yang kehabisan minyak motosikal ketika melakukan rondaan di sekitar kawasan Masai, Johor.
Mereka telah membantu menolak motosikal warga emas tersebut dan turut menumpangkan warga emas itu menaiki MPV sehingga ke stesen minyak berdekatan sebelum kembali meneruskan tugas.
Sikap ini wajar dijadikan contoh kepada semua warga Sang Saka Biru bertepatan dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".

Sumber video: Tiktok BSPTDSA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS