Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: PENGUASAAN BIDANG AGAMA LAHIRKAN INSAN BERINTEGRITI

Sebagai usaha melahirkan pegawai dan anggota yang berintegriti tinggi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard telah mengadakan Pra Penilaian Modul Integriti (Pendidikan Islam) - Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran dan Kemampuan Solat yang dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Seramai 432 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Bilangan 10 Siri 1/2023 yang beragama Islam telah diuji dan dikenal pasti tahap bacaan Al-Quran serta kemampuan solat mereka.

Ia merupakan usaha berterusan PDRM bagi melahirkan lebih ramai lagi pegawai dan anggota polis yang berintegriti, berakhlak mulia serta sahsiah diri yang tinggi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS