Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: TERIMA KASIH POLIS MERSING BANTU PENGGUNA JALAN RAYA

Selain tegas, adil serta berhemah ketika bertugas, warga Pasukan sentiasa mengambil berat soal keselamatan lebih-lebih lagi apabila melibatkan pengguna jalan raya yang mengalami kesulitan tidak diduga.

Prihatin dengan nasib yang menimpa pemandu kenderaan ini, Sarjan Ruslan Yusof dan Lans Koperal Mohd Shahmil Isma’ail dari Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing hadir menghulurkan bantuan dengan menukarkan tayar kenderaannya yang pancit ketika melakukan rondaan di Jalan Mersing ke Jemaluang, Johor baru-baru ini.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS