Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: URB IPD KLIA BANTU PENGGUNA JALAN RAYA

Tidak kira di mana jua kami berada, bantuan sentiasa dihulurkan kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi pengguna jalan raya.
Prihatin dengan nasib yang menimpa pemandu kenderaan ini membuatkan Lans Koperal Raja Aznan Raja Mohamed Dol dan Lans Koperal Amir Hanis Razali dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah Polis KLIA 2 tampil menghulurkan bantuan menukarkan tayar kenderaannya yang pancit ketika melakukan rondaan di susur keluar Terminal KLIA 2, semalam.
Bertepatan dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' sikap yang ditonjolkan anggota ini wajar menjadi contoh kepada semua warga Sang Saka Biru!

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS