Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: ANGGOTA IPD SERDANG BANTU ALIH KENDERAAN ROSAK

Polis Diraja Malaysia sentiasa memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan selain akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Begitulah sikap yang ditonjolkan oleh Koperal Mohd Ali Kammak dengan Koperal Sokongan Azizul Safwan Ulul Azmi dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang yang pantas menghulurkan bantuan mengalihkan sebuah kereta yang rosak ke tempat yang lebih selamat.

Kenderaan yang dipandu seorang wanita itu dikesan mengalami kerosakan dan menghalang lalu lintas ketika kedua-dua anggota terbabit melakukan rondaan di sekitar Lebuhraya Besraya, Seri Kembangan, Selangor, semalam.

Sumber video: Polis Daerah Serdang

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS