Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: POLIS IPD SEGAMAT BANTU MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA

Ketua Cawangan Kereta Peronda, ASP Saharizan Sahaman bersama Koperal Addy Yunik dan Koperal Muhamad Fazlyman Karman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat menghulurkan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan ketika sedang menjalankan rondaan di Jalan Bukit Hampar, Kampung Gubah, Segamat, pagi tadi.
Kawalan lalu lintas turut diberikan sementara menunggu bantuan kecemasan tiba dan mangsa telah dihantar ke hospital berhampiran untuk diberikan rawatan lanjut.
Kecekapan dan kepimpinan melalui teladan ini wajar dijadikan contoh buat warga Sang Saka Biru. Tahniah buat mereka yang terlibat!
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS