Pic Of The Day

[PIC OF THE DAY] TRAGEDI KEPALA AIR: LAO WU DAN LALI 'TURUN SUNGAI' KESAN MANGSA LEMAS

Dua anjing pengesan, Lao Wu dan Lali bersama pengendali masing-masing, Sarjan Sanmugam Subramaniam serta Koperal Willen Slamping dari Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa lemas yang masih hilang semasa kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu pada 2 Julai lalu.

Salah seekor anjing berkenaan, Lao Wu pernah mencipta sejarah sebagai anjing pertama menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ bagi Kontinjen Polis Pahang selepas kejayaannya mengesan seorang suspek curi kenderaan yang melarikan diri sejauh lebih empat kilometer di ladang kelapa sawit di Felda Sungai Tekam, Jerantut pada 14 November 2019.

Semoga dengan kepakaran yang dimiliki oleh kedua-dua aset Pasukan ini dapat membantu mempercepatkan lagi operasi mengesan mangsa-mangsa tragedi malang itu.

May be an image of 2 people and boat

May be an image of 1 person and boat

May be an image of 2 people and kayak

May be an image of 1 person and boat

May be an image of 1 person

May be an image of 2 people and boat

May be an image of 1 person and boat


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS