Warga Balai Polis Taman Setia Indah, Johor Bahru yang diketuai oleh Ketua Polis Balai, Inspektor Sri Amutheyindharan Sritaran melayani kanak-kanak dari Tadika Happy Feet Fun Resources yang hadir melakukan lawatan sambil belajar ke balai berkenaan.
Begitu ceria dan teruja para murid apabila dapat mengenali anggota polis dengan lebih dekat, di samping berpeluang menaiki kenderaan
yang digunakan oleh polis dalam tugasan harian.
Mereka turut diberikan pendedahan tentang keselamatan diri serta tips pencegahan jenayah selain memupuk minat mereka dalam bidang kepolisan.