Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: PASUKAN HARGAI JASA LEO, KANSAS DAN KIDD

Tiga ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor iaitu Leo, Kansas dan Kidd menerima sijil penghargaan dari Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan semalam atas jasa yang dicurahkan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada Pasukan ketika membantu mengesan tompokan darah pada barang kes di satu lokasi tempat kejadian.

Terima kasih kerana sentiasa membantu Pasukan dalam membanteras penjenayah serta menjadi sebahagian daripada hero kebanggaan Pasukan yang sentiasa komited demi mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.
Syabas Leo, Kansas dan Kidd!

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS