Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: POLIS IPK JOHOR HULUR BANTUAN AWAL PADAM KENDERAAN TERBAKAR

Koperal Wan Sazwan Wan Mat bersama rakan setugasnya iaitu Konstabel Irwan Shah Abdullah, Konstabel Muhammad Rafiqin Mohd Razi dan Konstabel Sokongan Tajudin Kamel dari Cawangan Kem Komandan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pantas memberikan bantuan awal memadam kebakaran melibatkan sebuah kenderaan di Jalan Tebrau, Johor Bahru semalam.

Kawalan tempat kejadian turut diberikan sementara menunggu bantuan Pasukan Bomba tiba dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku akibat insiden tersebut.

Kecekapan dan kepimpinan melalui teladan ini wajar dijadikan contoh buat warga Sang Saka Biru. Tahniah buat mereka yang terlibat!

Sumber: Polis Johor

May be an image of 1 person and lighting

May be an image of 2 people and car

May be an image of car and text

May be an image of 7 people, lighting and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS