Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: ANGGOTA BALAI POLIS JEMALUANG BANTU PENGGUNA JALAN RAYA

Tidak kira di mana jua kami berada, bantuan sentiasa dihulurkan kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi pengguna jalan raya.

Prihatin dengan nasib yang menimpa pemandu kenderaan ini membuatkan Lans Koperal Zulfadli Arasat dan Lans Koperal Ku Mohd Ashraf ku Mohd dari Unit Rondaan Cegah Jenayah, Balai Polis Jemaluang tampil memberi bantuan menukarkan tayar kenderaannya yang pancit ketika melakukan rondaan di Jalan Jemaluang - Kota Tinggi, Mersing Johor, semalam.

Bertepatan dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' sikap yang ditonjolkan anggota ini wajar menjadi contoh kepada semua warga Sang Saka Biru!

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS