Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: ANGGOTA TRAFIK IPD PASIR PUTEH BANTU ALIH KENDERAAN ROSAK

Polis Diraja Malaysia sentiasa memastikan keselamatan pengguna jalan raya akan diutamakan selain terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Begitulah sikap yang dipamerkan oleh Koperal Mohd Nasrun Musran dan Konstabel Mohamad Aimanhaqimi Mohamad Naziri dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Puteh yang pantas mengalihkan sebuah kereta rosak ke tempat yang lebih selamat.

Kenderaan tersebut dikesan mengalami kerosakan semasa melalui kawasan dinaiki air ketika kedua-dua anggota terbabit melakukan rondaan dan pemantauan banjir di sekitar Bandar Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.


May be an image of 2 people

May be an image of 1 person and body of water

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS