Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: TERIMA KASIH ANGGOTA TRAFIK MARANG!

Walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko bahaya, demi keselamatan pengguna jalan raya lain, tugas yang dipertanggungjawabkan tetap dilaksanakan.

Itulah yang dilakukan oleh Sarjan Sharizan Abdul Wahid bersama Sarjan Yufaiza Azha Yunos dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, mengalihkan serpihan dahan pokok yang berada di tengah-tengah jalan dekat Jalan Terengganu ke Kuantan, semalam.

Sikap ambil peduli yang ditonjolkan adalah demi memastikan lalu lintas sentiasa selamat dan lancar tanpa sebarang halangan. Tahniah diucapkan kepada kalian!

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS