Pic Of The Day

[PIC OF THE DAY] PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI: POLIS TRAFIK BANTU PERMUDAH URUSAN WARGA EMAS

Prihatin dengan keadaan sekeliling, Koperal Wan Mohamad Shafiq Wan Nazar dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM Bukit Aman telah membantu menolak kerusi roda seorang warga emas ketika mahu berurusan ke kaunter sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Sifat ringan tangan anggota tersebut membantu warga emas ketika bertugas, merupakan sifat terpuji yang patut dijadikan tauladan buat rakan seperjuangan dalam Pasukan. Syabas Koperal Wan Mohamad Shafiq!

Sumber: JSPT KL

May be an image of 2 people, bicycle and scooter
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS