Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: TERIMA KASIH ANGGOTA MPV DAN PENGGUNA JALAN RAYA BANTU ALIHKAN KENDERAAN ROSAK

Bantuan yang diberikan oleh para anggota bertugas dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kepada pemilik sebuah kereta yang mengalami kerosakan pada kenderaannya di tengah-tengah jalan raya sibuk, wajar dicontohi warga Polis Diraja Malaysia lain.

Atas sifat empati yang tinggi, mereka segera menghulurkan bantuan meskipun sedang melakukan tugas rondaan. Malah kerjasama daripada pengguna jalan raya juga memudahkan lagi urusan dan berjaya mengalihkan kereta tersebut ke bahu jalan dengan selamat.

Terima kasih diucapkan kepada para anggota tersebut dan ramai lagi warga Pasukan lain yang sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang dalam kesulitan.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Sumber video: TikTok TenggoKiloDcc

Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=382816707530116
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS