Pic Of The Day

#OPBANJIR PEGAWAI DAN ANGGOTA IPD LIPIS DIATUR GERAK BANTU MANGSA BANJIR

Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah diatur gerak bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir.

Bantuan yang diusahakan adalah seperti memindahkan mangsa yang terperangkap di kediaman mereka akibat dinaiki air ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Seramai 174 orang mangsa merangkumi 35 keluarga telah dipindahkan ke PPS setakat jam 4 petang semalam.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS