Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: TINDAKAN PANTAS EMPV BERI BANTUAN KEPADA KANAK-KANAK YANG MENGALAMI KECEDERAAN

Menjadi lumrah manusia menghulurkan bantuan, demi tanggungjawab dan amanah yang dipikul keselamatan masyarakat tetap diutamakan walau dalam apa jua keadaan.
Tindakan pantas oleh Insp Muhammad Kamaruddin Jubin dan Koperal Muhamad Khairul Aswad Roslan dari Unit Peronda Lebuh Raya (EMPV) Timur 4, Bukit Aman yang telah membantu melancarkan perjalanan seorang ibu bersama anaknya ke hospital. Difahamkan kanak-kanak tersebut mengalami pendarahan di hidung dan menghidap sakit jantung telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, pagi tadi.

Syabas dan tahniah atas sikap peduli yang dipamerkan tersebut. Teruskan tugas cemerlang anda demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sentiasa di tahap terbaik.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada."

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS