Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan [POSTING PILIHAN] CAKNA KOMUNITI: ANGGOTA MPV IPD SEBERANG PERAI UTARA BERI BANTUAN KEPADA ORANG AWAM DALAM KESUSAHAN

Syabas buat dua anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, iaitu Sarjan Azlan Syah Hassan dan Koperal Khairul Anwar Jamingon kerana prihatin dengan nasib menimpa seorang perempuan Cina, menghadapi masalah kebocoran tayar keretanya di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang, malam semalam.
Wanita tersebut telah menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak polis khususnya kepada Cawangan Kereta Peronda IPD Seberang Perai Utara kerana sudi membantunya.

Walaupun sedikit bantuan yang dihulurkan, namun besar maknanya kepada dirinya.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS