Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan [VIDEO PILIHAN] OP SELAMAT 21: ANGGOTA JSPT KL BANTU ALIH KENDERAAN ROSAK

Bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselesaan pengguna jalan raya, Koperal Ahmad Nadzmi Mohamad bersama Koperal Mohd Farid Radzali dan Lans Koperal Muhammad Khuzairy Adnan dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL) dengan pantas telah menghulurkan bantuan mengalihkan sebuah kereta yang rosak ke tempat yang lebih selamat.

Kenderaan yang dipandu seorang wanita itu dikesan mengalami kerosakan dan menghalang lalu lintas ketika anggota terbabit melakukan rondaan di sekitar Jalan Sungai Besi, KL, pagi tadi.

Sumber: JSPT KL

Pautan Video:
https://www.facebook.com/reel/1049204732970559
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS