Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: TERIMA KASIH KOPERAL MUHAMMAD FIRDAUS ATAS KEPRIHATINAN ANDA!

Biarpun sedang melakukan rondaan Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina, Koperal Muhammad Firdaus Tahir dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, mengalihkan serpihan batu pembahagi jalan yang pecah akibat dilanggar kenderaan semasa kemalangan jalan raya sebelum ini di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Klang Gate, Selangor, semalam.

Tindakan yang dilakukannya bagi memastikan tiada halangan buat pengguna lain yang melalui jalan berkenaan.

Terima kasih Koperal Muhammad Firdaus atas keprihatinan anda dalam menjalankan tugas. Semoga anda sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan orang awam.

 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS