Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: ANGGOTA BALAI POLIS DAMANSARA BANTU MUDAHKAN URUSAN WARGA EMAS

'Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi.'

Bertepatan dengan tindakan anggota dari Balai Polis Damansara, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Konstabel Mohd Azrol Razali wajar dicontohi apabila membantu seorang lelaki warga emas yang kurang upaya memudahkan urusannya ketika membuat laporan di balai polis tersebut.

Biarpun tidak sebesar mana bantuan dihulurkan, namun sifat ihsan yang ditunjukkan anggota tersebut membuktikan warga Sang Saka Biru sentiasa peka dan mengambil berat keselamatan orang awam tanpa mengira tempat serta waktu.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS