Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan [PIC OF THE DAY] OP SELAMAT 22: POLIS KUALA SELANGOR BANTU IRING PERJALANAN WANITA SARAT HENDAK MELAHIRKAN BAYI

Syabas buat Koperal Muhamad Hairul Azwan Mohd Nawi dan Lans Koperal Alex Junari dari Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor atas tindakan pantas bantu mengiringi sebuah kenderaan milik pasangan suami isteri yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan berjaya membolehkan mereka selamat tiba di Hospital Tanjong Karang, Selangor dengan kadar segera, semalam.
Isteri lelaki berkenaan difahamkan sedang mengalami kesakitan untuk melahirkan cahaya mata sebelum meminta pertolongan pihak polis bagi mengiringi mereka ke hospital berkenaan.

Terima kasih kepada anggota terlibat atas bantuan yang dihulurkan dan semoga sifat ihsan tersebut menjadi contoh buat warga Pasukan yang lain.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS