Terima kasih buat Koperal Chiw Kien Sing, Koperal Mohamad Farishah Mohd Shaharizam dan Koperal Farizan Ahmad dari Unit Rondaan Cegah Jenayah, Balai Polis Tanjung Kupang, Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor kerana telah membantu seorang penunggang motosikal yang kehabisan minyak ketika mereka melakukan rondaan di kawasan Lebuhraya Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Keprihatinan mereka membawa penunggang motosikal tersebut ke stesen minyak berhampiran wajar diberi pujian.
Walaupun sekecil-kecil bantuan yang diberikan, keselamatan masyarakat dan mencegah sesuatu perkara tidak diingini daripada berlaku sentiasa menjadi keutamaan oleh warga Pasukan.
Sumber: Balai Polis Tanjung Kupang