Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap dalam kenderaannya di kawasan banjir berhampiran Jalan Kasigui, Penampang, Sabah.
Wanita tersebut kemudian dibawa menaiki kenderaan polis untuk dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Superintendan Sammy bersama sepasukan petugas Op Banjir Daerah Penampang telah turun padang bagi meninjau keadaan terkini di sekitar daerah berkenaan dan menasihati orang ramai agar tidak melalui kawasan terjejas banjir bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.