Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: ANGGOTA BSPT IPD KOTA BELUD BANTU ALIHKAN MOTOSIKAL

Terima kasih Sarjan Madlan Suara, Koperal Mohd Hasbie Othman serta Koperal Haizam Perman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, Sabah kerana telah membantu seorang penunggang motosikal mengalihkan motosikalnya yang tergelincir masuk ke dalam kawasan parit di Jalan Rangalau Kota Belud ketika melakukan rondaan di kawasan itu, pagi tadi.

Semoga amalan mulia yang ditunjukkan ini dapat menjadi contoh kepada warga Sang Saka Biru serta dapat menabur bakti kepada masyarakat seiring dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".

Sumber: Polis Daerah Kota Belud

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS