Terima kasih buat Koperal Aaron Kevin Venantius dan Lans Koperal Ridhuan Zakaria dari Unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ), Balai Polis Putatan, Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang, Sabah kerana membantu seorang warga emas yang kehabisan minyak kereta di sekitar Daerah Putatan, Sabtu lalu.
Kedua-dua mereka terserempak dengan pengguna jalan raya berkenaan ketika melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut. Prihatin dengan keadaan lelaki tersebut, mereka telah pergi ke stesen minyak berhampiran untuk membeli minyak petrol.
Walaupun sekecil-kecil bantuan yang diberikan, keselamatan masyarakat dan mencegah sesuatu perkara tidak diingini daripada berlaku sentiasa menjadi keutamaan warga Pasukan.