Terima kasih kepada Koperal Jimson Asmad dan Lans Koperal Mohamad Nadzirul Mahadir dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar yang telah bertindak pantas membantu seorang warga emas yang hampir pitam ketika menaiki motosikal di Jalan Lama, Parit Tiram, Muar, Johor semasa mereka melakukan rondaan cegah jenayah baru-baru ini.
Tindakan mereka wajar dipuji dan menjadi contoh kepada warga Pasukan yang lain dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.