Tugas hakiki itu sememangnya satu amanah, namun membantu masyarakat yang dalam kesusahan juga menjadi tanggungjawab buat Polis Diraja Malaysia.
Itulah yang dilakukan oleh Koperal Abd. Hassan Murib dan Koperal Alfie Darus dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud yang telah membantu menukarkan tayar pancit yang dialami oleh pemandu kereta ketika mereka sedang melakukan tugas rondaan di Jalan Kampung Kelawat, Kota Belud, Sabah, pagi tadi.
Syabas kepada anggota yang terlibat atas sifat prihatin yang dipamerkan bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa dalam keadaan selamat.