Terima kasih Saudara Shahrizal Mohd Shom atas penghargaan anda kepada perkhidmatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghulurkan bantuan buat pengguna jalan raya yang mengalami situasi kecemasan.
Syabas diucapkan buat Sarjan Said Ali Gulasan dan Koperal Sokongan Fitzian Ujin dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat
Polis Daerah Keningau yang membantu menukarkan tayar pancit pengguna jalan raya ketika melakukan rondaan sekitar Bandar Baru Bataras, Keningau, Sabah, semalam.
Semoga nilai murni sebegini dapat disemai dan dipupuk agar menjadi ikutan buat warga Pasukan yang lain.
Sumber: Facebook Shahrizal Mohd Shom