Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: ANGGOTA MPV IPD KUALA KRAI BANTU PENGGUNA JALAN RAYA

Demi tanggungjawab dan amanah yang dipikul, keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan walau dalam apa jua keadaan.

Itulah yang dilakukan oleh Koperal Dirman Opao dan Koperal Mohd Faizan Saidon dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai yang telah membantu menukarkan tayar kenderaan yang dinaiki sebuah keluarga semasa sedang melakukan tugas rondaan di kawasan utama Jalan Kuala Krai-Kota Bharu (Kawasan Telekong), Kelantan.

Terima kasih diucapkan kepada anggota yang terlibat atas sifat prihatin yang dipamerkan bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa dalam keadaan selamat.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS