Walaupun dalam keadaan gelap, bantuan sentiasa dihulurkan kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi pengguna jalan raya tidak kira di mana jua kami berada.
Terima kasih atas tindakan pantas Koperal Muhammad Nazreen Roslan, Koperal Muhamad Azril Omar dan Lans Koperal Zikhri dari Unit Rondaan Cegah Jenayah, Balai Polis Buloh Kasap, Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat kerana memberi bantuan kepada pemilik sebuah kenderaan jenis Proton Persona yang mengalami kerosakan di bahu Jalan Segamat – Kuantan ketika melakukan rondaan di kawasan tersebut, semalam.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”