Selain menjalankan tugas hakiki, membantu mereka yang ditimpa kesusahan turut menjadi perhatian warga Polis Diraja Malaysia.
Itulah yang dilakukan oleh Koperal Amirul Asyraf Azlan dan Konstabel Wan Muhamad Fakrul Akmal dari Unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ), Balai Polis Kajang, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang memberi bantuan awal kepada satu perempuan bersama anaknya yang mengalami kemalangan kerana terbabas akibat jalan licin ketika menungang motosikal di Jalan Besar Sungai Chua, Kajang, semalam.
Syabas diucapkan buat kalian dan semoga sikap terpuji tersebut dijadikan teladan buat warga Sang Saka Biru.