Tindakan anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam Johor, Koperal Ammerrul Imran Amran, Lans Koperal Asbullah Abdul Mana dan Konstabel Mike Wariey Anak Eddie membantu mendapatkan perkhidmatan kenderaan kepada warga emas dan anaknya yang ingin pulang ke rumah ketika melakukan rondaan di Taman Johor Jaya, Johor.
Meskipun sedang bertugas, nilai keprihatinan dan peduli terhadap masyarakat tetap menjadi keutamaan warga Pasukan yang jelas membuktikan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada '.