Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: ANGGOTA BSPTD PORT DISKSON BANTU PASANGAN KENDERAAN ROSAK

Sifat mulia dua anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson iaitu, Koperal Shahrul Nasriq Ahmad dan Konstabel Muhammad Zulkhairi Zakaria membantu sepasang suami isteri yang terkandas di bahu jalan berikutan kenderaan mengalami kerosakan ketika hari hujan.

Walaupun dalam penugasan hakiki yang mencabar namun amalan murni dalam menyantuni masyarakat ketika dalam kesusahan sentiasa menjadi sumpah keramat dalam setiap sanubari warga Pasukan.

Semoga dengan tindakan terpuji yang memudahkan urusan orang awam tersebut sentiasa menjadi contoh dan tauladan buat seluruh warga Pasukan dalam mengotakan janji "Sedia berkhidmat".

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Sumber : BSPTD IPD Port Dickson

Pautan Video:

https://www.facebook.com/watch/?v=8157967867619953
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS