Dalam kesibukan tugas harian yang mencabar setiap anggota polis pasti mempunyai naluri keibubapaan bagi melihat kanak-kanak ceria merasai sesuatu kenangan indah semasa usia kecil mereka.
Rombongan hampir 73 pelajar dan guru dari Tadika KEMAS Pedah Jaya bersama 10 orang pelajar Advanced Technology Training Center Jerantut telah diraikan oleh anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti,
Ibu Pejabat
Polis Daerah Jerantut sebelum dibawa mengenali dunia kepolisan serta diberi pendedahan mengenai kempen kesedaran ancaman jenayah, di sini, semalam.
Selain sesi ramah mesra bersama abang dan kakak polis, para pelajar dan guru yang hadir turut berpeluang bergambar serta merasai sendiri pengalaman menaiki kenderaan Pasukan dan pameran persenjataan dengan lebih dekat.
Sumber: Polis Daerah Jerantut