Setitik air jatuh ke laut, tetap memberi kesan.
Begitulah peribahasa sesuai dapat digambarkan buat Koperal Zamzamin Othman dan Koperal Abdullah Yusop dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar yang bertindak pantas menolak kenderaan pasangan suami isteri yang rosak dan menghalang lalu lintas di Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis, kelmarin.
Semoga sikap murni yang dipamerkan dapat dicontohi dan menjadi inspirasi buat warga Pasukan yang lain.