Terima kasih buat Lans Koperal Muhammad Zaihier Md Zanar dan Konstabel Amirul Akid Mohammad Azmi dari Balai Polis Kajang yang membantu seorang penunggang motosikal mengalami kerosakan di Jalan Besar Kajang 2, Selangor, semalam.
Biarpun hanya sekadar bantuan menolak motosikal, sikap prihatin kedua-dua anggota tersebut nyata melegakan lelaki tersebut yang akhirnya dapat pulang selamat ke kediamannya.