Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: ANGGOTA MPV IPD PASIR MAS BANTU WARGA EMAS KEHABISAN MINYAK MOTOSIKAL

Terima kasih buat Koperal Mohd Zulhairee Mohd Noor dan Koperal Muhamad Asri Zamri dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas kerana membantu seorang warga emas yang kehabisan minyak kereta di kawasan Tok Uban, Pasir Mas,Kelantan, semalam.

Kedua-dua mereka terserempak dengan warga emas berkenaan ketika melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut. Prihatin dengan keadaan lelaki tersebut, mereka telah pergi ke stesen minyak berhampiran untuk membeli minyak petrol.

Walaupun sekecil-kecil bantuan yang diberikan, keselamatan masyarakat dan mencegah sesuatu perkara tidak diingini daripada berlaku sentiasa menjadi keutamaan warga Pasukan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS