Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: DUA ANGGOTA URB IPD ROMPIN SELAMATKAN WANITA CUBA TERJUN JAMBATAN

 
Tindakan pantas dua anggota dari Unit Ronda Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin iaitu Koperal Hairul Hamzari Gaya dan Konstabel Imran Rusli berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba terjun dari jambatan di jalan utama Kuantan-Johor Bahru, semalam.

Kedua-dua anggota URB IPD Daerah Rompin itu bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai wanita tersebut yang dilihat bersendirian dan cuba terjun ke bawah jambatan.

Mangsa yang dipercayai mengalami masalah gangguan mental berjaya dipujuk oleh kedua-dua anggota berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Rompin untuk diserahkan semula kepada keluarga.


May be an image of 2 people, scooter, motorcycle and text

May be an image of 2 people, scooter, motorcycle and text

May be an image of 2 people, motorcycle and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS