VIDEO PILIHAN: ANGGOTA TRAFIK IPK KL BANTU LANCAR PERJALANAN AMBULANS KE DESTINASI DITUJU
Terima kasih kepada pemilik akaun Tiktok QassehQaireen796 atas penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia khasnya kepada seorang anggota polis trafik yang membantu memudahkan perjalanan ambulans membawa ayahnya yang berada dalam kecemasan ke Hospital Selayang, baru-baru ini.
Tanggungjawab dilaksanakan walau di mana kami berada selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain sentiasa terjamin.
Syabas kepada anggota berkenaan atas sikap prihati dan bertanggungjawab dengan membantu sedaya upaya orang awam yang di dalam kesulitan.
Sumber video: Tiktok QassehQaireen796