Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Terima kasih diucapkan kepada akaun Facebook ‘Tamilchelvi Rajakumar’ atas penghargaan beliau kepada anggota polis dari Unit Ronda Bermotosikal Balai Polis Bahau, Koperal Nasirudin Harun dan Konstabel Muhammad Shafiq Mohd Pilus kerana memberi bantuan pantas dengan menukarkan tayar kenderaan miliknya yang pancit semasa dalam perjalanan balik dari tempat kerja di Jalan Bahau, Negeri Sembilan pada khamis lalu.

Berkat keikhlasan, kenderaan tersebut berjaya dinaiki semula. Semoga teladan baik yang dipamerkan menjadi ikutan buat warga Sang Saka Biru yang lain, seiring dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".

Sumber: Facebook ‘Tamilchelvi Rajakumar’

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS