Keprihatinan dua anggota polis dari Unit Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Taman Pelangi Indah iaitu Koperal Muhamad Rosdi Mat Nazir dan Konstabel Mohamad Iqmal Farhan Azman telah membantu menukar tayar kenderaan seorang pengguna jalan raya yang bocor di Jalan Puteri Park, Taman Puteri Wangsa Ulu Tiram, Johor, kelmarin.
Sikap ihsan kedua-dua anggota berkenaan yang sedia membantu masyarakat di dalam kesusahan wajar diberi pujian.