Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar berbesar hati meraikan kehadiran rombongan dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Padang Besar ke balai berkenaan pada rabu lalu.
Rombongan seramai 172 orang, termasuk murid dan guru pengiring, diketuai oleh Guru Besar, Tuan Tan Che Yee. Sepanjang lawatan, peserta diberi taklimat berkaitan jenayah seksual, buli dalam kalangan kanak-kanak, serta penggunaan
aplikasi Volunteer Smartphone Patrol yang menyediakan tip keselamatan diri dan langkah pencegahan jenayah.
Murid-murid turut berpeluang bergambar kenangan bersama pegawai polis, merasai pengalaman menaiki kenderaan pasukan, dan melihat pameran persenjataan yang disediakan.
Program ini bukan sahaja berjalan lancar seperti dirancang, malah berjaya mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan pihak polis, selaras dengan slogan Polis Diraja Malaysia, “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”